Selamat datang ke lamanweb DOWNLOAD BORANG BR1M 2.0. Anda boleh muat turun BORANG BR1M melalui mana-mana link atau banner yang telah disediakan dalam laman ini. Sila baca dan fahamkan maklumat kelayakan memohon yang dipaparkan dalam laman ini untuk memastikan bahawa anda layak menerima BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA berjumlah RM500. Terimakasih kerana melayari laman ini & semoga permohonan anda berjaya.

BERITA TERKINI 02/11/2012
Download Borang BR1M 2.0 Percuma telah diedarkan pada November 2012. Sila KLIK pada link yang dipaparkan di bawah untuk mendapatkan Borang BR1M 2.0 . Terimakasih.

DOWNLOAD BORANG BR1M LHDN | BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA


Borang permohonan Bantuan Rakyat Satu Malaysia, BR1M mula diedar di seluruh negara 10 Disember 2011. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji. Dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN.




Permohonan
BR1M yang berjaya akan dimaklumkan menerusi surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012. Ia membabitkan individu berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

Selain bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas berusia lebih 60 tahun sebatang kara layak menerima bantuan itu. Dan setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah tiga ribu ringgit ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.


Syarat Kelayakan memohon bantuan RM500 (BR1M)

Syarat -syarat kelayakan untuk memohon bantuan rakyat 1 Malaysia Rm500 (BR1M) adalah seperti di bawah:


* Warga negara Malaysia.

* Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah.

* Berkahwin
* Ibu - Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.

* Bujang yang mempunyai tanggungan (di dalam rumah yang sama)
* Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah.


Sila kemukakan salinan ;
* Mykad/Kad Polis/Kad Tentera.

* Penyata/Slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji sahaja.

* Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon.


NOTA PENTING
Borang yang telah di isi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, Sekolah-Sekolah terpilih, cawangan LHDNM terdekat dan kaunter LHDNM yang di sediakan.